Sahabat,Kekasih & Teman

Pengikut Setiaku

Wednesday, March 24, 2010

Melati Pujaan Tumasek


(Dah bape lame berlalu baru nk hapdet uol...sgt pemalas ryhana...hehehe...).

Alhamdulillah, kata awal memanjatkan syukur pada Yang Maha Esa kerana dengan izinNYA pementasan Teater Bangsawan Melati Pujaan Tumasek telah pon berakhir dengan jayanya. Pementasan dari anak teater Perak ini merupakan pembuka tirai bagi Program Semarak Bangsawan 2010.Terima kaseh yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Kepada sahabat dan kenalan yang hadir menyaksikan pementasan ini ucapan Arigatogozaimas didahulukan di atas sokongan anda semua.



First of all, credit to En Hasanal dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.. suma pic yg weol upload ni dimuatturun dengan izin dari beliau... sila la tatap sampai muntah....hehehe.... waktu dan ketika pic ini diambil adalah waktu fulldress rehearsal... time ni team produksi iaitew pelakon2 shj baru samp pada siang harinya... crew2 belakang pentas dah sampai awal sehari..byk urusan yg perlu diselesaikan.

Pic di atas adalah barisan penari DK2R (ewan,amy,roniey,aini & zetty), Kak Azie (beliau jurulatih di JKKN Perak), anisa (watak gadis kampung) dan ira (dayang).... photo-photo yang berikutnya merupakan sinopsis bagi setiap babak dalam cerita ini....

~Babak 1~

Seluruh rakyat Tumasek menyambut Hari Keputeraan Sultan Iskandar Shah yang ke-53. Melati anak kepada Bendahara Sang Rajuna Tapa telah diusulkan untuk menjadi Permaisuri Tumasek oleh Memanda Menteri dan disokong oleh Tun Kudus.

Extraturn babak 1 ke babak 2~ Puspita,shai n DK2R dengan bunyi gitar
Extraturn babak 2 ke babak 3~ rock n roll (DK2R) n Tari Tualang Tiga by Puspita

~Babak 2~

Permaisuri Melati dan Puteri Kencana Dewi di Taman Larangan bersama Inang dan dayang-dayang istana. Menyanyi dan menari sehingga lewat petang...

Muncul Tun Kudus di Taman Larangan untuk memujuk rayu Permaisuri Melati dan terbongkar helahnya yang mengusulkan Melati untuk dijadikan Permaisuri Tumasek.

Muncul pula Tun Mamat untuk menyelamatkan Permaisuri Melati dari menjadi buruan hawa nafsu Tun Kudus. Tun Kudus begitu amarah dan mengugut Tun Mamat dan Permaisuri Melati lalu beredar dari Taman Larangan.

~Babak 3~

Permaisuri Melati terkejut mendengar perkhabaran mengenai pelayaran Tun Zainal (yg merupakan kekasih hatinya) tergendala diperjalanan.Tun Kudus telah menfitnah Permaisuri Melati dan Tun Mamat berlaku curang dibelakang Sultan. Sultan naek berang lalu memerintahkan kedua-dua mereka masuk mengadap dengan segera.

Rayuan dan permintaan Melati tidak dihiraukan oleh Sultan. Babak yang meruntun jiwa ini dipenuhi dengan airmata dan rayuan dari Melati dan Tun Mamat.Kedua-dua mereka telah dijatuhkan hukuman sula sampai mati dihujung pasar.


Ku kaulkan Tumasek tidak selamat selama-lamanyaaaaaaa......!!!!!!



~Babak 4~

Kemuncak cerita menyaksikan kematian Melati yang menjadi pujaan Tumasek bersama-sama Tun Mamat yang telah difitnah oleh Tun Kudus dan Memanda Menteri. Sebelumnya Melati menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau sempat menyanyikan sebuah lagu Patah Hati

"Ape dosaku...hukum begini...

patah kemudi....hilang pedoman tak tentu haluan....

padamu Tuhan..padamu Tuhan

Hamba serahkan...sayanggggg.....

Tolong tunjukkan..tolong tunjukkan sinar kebenaran...

Peristiwa ini... peristiwa ini

Jadikan tauladan...sayanggggg...

Semoga tidak...semoga tidak berulang kembali....."


Muncul Srikandi Majapahit ketika Sang Rajuna Tapa meratapi pemergian anaknya Melati. Sang Rajuna Tapa berjanji untuk membuka pintu kota tepat waktu tengah malam untuk membenarkan tentera Majapahit masuk ke Tumasek. Kerana dendam kepada Sultan Iskandar Shah, Sang Rajuna Tapa terpaksa menderhaka kepada tempat tumpah darahnya.

Tentera Majapahit telah dikalahkan oleh Tun Zainal yang handal bersilat dan bermain senjata. Raden Gemala Birma begitu marah lalu terus menyusul ke arah Tun Zainal beredar.

Extraturn terakhir ~ tarian semerah padi oleh DK2R dan Mentera oleh Mus (Tun Zainal)


~Babak 5 (Babak Akhir)~
Setelah jauh meninggalkan Tumasek, Sultan memberi keputusan berehat di dalam hutan yang berdekatan dengan laut.
Kemunculan Tun Zainal memeranjatkan semua orang yang berada disitu. Datangnya beliau untuk menuntut bela diatas kematian kekasihnya Melati yang telah difitnah oleh Memanda Menteri dan Tun Kudus. Tun Kudus menyahut cabaran Tun Zainal dan dizinkan oleh Sultan Iskandar Shah.

Petempuran antara Tun Zainal dan Tun Kudus berakhir dengan kematian Tun Kudus di hujung keris Tun Zainal. Lalu terbongkarlah rahsia mengenai segalanya. Memanda Menteri juga ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh kerana menjadi dalang segala bencana.

Semua pihak menjadi kaku melihat kematian dan kebenaran yang telah berlaku disitu.

Sultan Iskandar Shah berjanji pisang tidak akan berbuah dua kali. Lalu dengan rase sukacitanya baginda telah mengumumkan pertunangan anaknya Puteri Kencana Dewi dan Tun Zainal. Tempat berteduh dijadikan sebuah negeri yang diberi nama, MELAKA.
-THE END-

Barisan tenaga produksi dan pelakon-pelakon Melati Pujaan Tumasek

Special thanks to PAK MURAD salah seorang Tokoh Bangsawan yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta teguran yang berguna kepada semua yang terlibat dalam produksi ini sepanjang sesi latihan mahupun ketika pementasan.
Jasamu akan dikenang.
"Teater itu memanusiakan manusia"

2 comments:

MiSz MaNja on March 27, 2010 8:31 AM said...

wah teringin sangat nak berlakon teater tapi tak0t.. xpernah cuba pun.. bila lectrer tarik join pun.. kaki ku kata tidak..

iena on April 1, 2010 10:46 PM said...

kena ade minat...buang je perasaan takot... kalo teringin lakukan je...

Tentang Ryhana

My Photo
ipoh, perak, Malaysia
حسبي ربي جل اللَّه ما في قلبي غير اللَّه نور محمد صلى اللَّه لا إلــــه إلا اللَّـــه

Komen Terkini

dunia myspace ku

(^_^)

Scars That Can Never Heal

God, please send me A lover which is kind The one who love me for who I really am.....







 

alam kayangan RYHANNA Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino | Distributed by Deluxe Templates